Sunday, March 24, 2013

BAGAIMANA UNTUK MENGENAL PASTI JENIS KULIT ?



ANDA MASIH TERTANYA-TANYA APAKAH JENIS KULIT WAJAH ANDA ? ? ?

ADAKAH PENTING UNTUK MENGENAL PASTI JENIS KULIT TERLEBIH DAHULU SEBELUM MENGGUNAKAN SESUATU PRODUK ? ? ?


cara mengenal pasti masalah kulit Unice Beauty (unicebeauty.com)


Tidak ada gunanya jika anda membazirkan duit membeli pelbagai produk penjagaan kulit sekiranya anda tidak tahu jenis kulit anda.
Kunci untuk melakukan regim penjagaan kulit ialah untuk menganalisis jenis kulit anda terlebih dahulu.
Untuk mengetahui dan memahami kulit dan apakah produk yang paling sesuai, lakukan kuiz ringkas di bawah.
Namun, anda perlu ingat bahawa jenis kulit wajah anda akan berubah mengikut masa. Oleh itu, cuba lakukan kuiz ini setiap tahun untuk memastikan anda menggunakan produk yang tepat dan melakukan rutin penjagaan kulit yang terbaik.


KUIZ PENJAGAAN KULIT

1. Bagaimanakah rasa kulit anda setelah membersihkannya dengan pembersih wajah ( sabun dan air ) ?
A. Tegang , seperti ia terlalu kecil untuk wajah saya.

B. Licin dan selesa.
C. Kering dan gatal di kawasan tertentu.
D. OK- agak selesa
E. Kering di kawasan tertentu dan licin di kawasan yang lain.

2. Bagaimanakah rasa kulit anda jika dibersihkan dengan krim pembersih ?
A. Agak selesa.
B. Selesa dan licin.
C. Adakalanya selesa dan adakalanya gatal.
D. Agak berminyak.
E. Berminyak di kawasan tertentu dan licin di bahagian lain.


3. Bagaimanakah rupa kulit anda di waktu tengah hari ?
A. Kepingan sisik mula kelihatan.
B. Segar dan licin.
C. Kepingan sisik dan kemerahan.
D. Berkilat.
E. Berkilat di zon-T.


4. Berapa kerap kulit anda mengalami masalah jerawat ?
A. Tidak pernah.
B. Kadang-kadang, mungkin sebelum atau semasa haid.

C. Kadang-kadang.
D. Kerap kali.
E. Kerap kali - di bahagian zon-T


5. Bagaimanakah reaksi kulit anda apabila anda menggunakan penyegar ?

A. Rasa mencucuk.
B. Tidak ada masalah.
C. Rasa mencucuk dan gatal.
D. Rasa lebih segar.
E. Rasa lebih segar di kawasan tertentu tetapi mencucuk di kawasan lain.


6. Bagaimanakah reaksi kulit anda terhadap krim malam ?

A. Rasa sangat selesa.
B. Selesa.
C. Kadang-kadang selesa tetapi pada masa lain kulit terasa rimas.

D. Kulit terasa berminyak.
E. Berminyak di bahagian zon-T dan selesa di bahagian pipi.


SELESAIKAN :

Sekarang ini, jumlahlah berapa banyak A, B, C, D & E.
Jenis kulit anda bergantung kepada majoriti huruf apa yang anda pilih.
Anda kini akan lebih bersedia untuk mengikuti rutin penjagaan kulit yang paling sesuai dengan kulit anda.

Kebanyakannya A :
Kulit anda jenis KERING


Kebanyakannya B :
Kulit anda jenis NORMAL

Kebanyakannya C :
Kulit anda jenis SENSITIF


Kebanyakannya D :
Kulit anda jenis BERMINYAK

Kebanyakannya E :
Kulit anda jenis KOMBINASI


SUMBER :
( MAJALAH EKSTRA CANTIK- KELUARAN KARANGKRAF )




No comments:

Post a Comment